JANUARI 2024

Premier Sarawak Hulurkan Sumbangan Pada Hero Kebakaran RPR Batu Kawa


KUCHING: Sumbangan RM50,000 daripada Premier Sarawak disampaikan kepada keluarga seorang hero yang menyelamat mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa di sini, tahun lalu.

Mohamad Syafiq yang juga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak cawangan Sarikei cedera parah ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam insiden  

di Lorong 16,  RPR Batu Kawa, di sini, Ogos tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, 34.

"Beliau ( Premier Sarawak) mewakilkan saya untuk memberi sumbangan peribadi daripada beliau kepada Syafiq atas keberaniannya,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada ibu sukarelawan, Julia Jemat di Stutong Height Apartment Phase 2, di sini, hari ini.

Fazzrudin yang juga Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban ahli keluarga bagi menanggung kos rawatan dan keperluan Mohamad Syafiq.

Sumber dari : Jiwa Bakti